Undilah.com

Undilah

Tuesday, August 30, 2005

Selamat Hari Kemerdekaan



Lembaga Pengarah kami baru sahaja selesai bermesyuarat pagi tadi. Sebelum bersurai, Setiausaha Syarikat mengucapkan "Selamat Hari Merdeka" kepada semua. Kami pun terus mengucapkan "Selamat Hari Merdeka" sesama sendiri. Tan Sri pun berkata, "Ini first time ni" dan terus bersenyum.

Ya tak ya juga. Saya tak pernah mengucap sebegitu kepada sesiapa pun sehingga sekarang. Rasanya pelik seketika tetapi ucapan itu penuh dengan makna.
  1. Moga-moga negara kita selamat dan aman, rakyat cerdas dan berwibawa.
  2. Moga-moga tentera, polis, bomba dan semua yang berkorban untuk menjaga keselamatan negara dilindungi Tuhan.
  3. Moga-moga ahli parlimen dan dewan undangan negeri yang telah kita mengundi tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat, tidak mengira kaum dan status.
  4. Moga-moga anak-anak kita tidak membinasakan diri dan negara dengan dadah dan jenayah.
  5. Moga-moga negara jiran kita hidup aman damai dan saling bekerjasama untuk kepentingan bersama.
  6. Moga-moga ACA kita mampu mengurangkan penyakit rasuah di seluruh negara ke tahap yang boleh dibanggakan.
  7. Moga-moga teras kepimpinan negara diberkati Tuhan.
  8. Moga-moga meritokrasi yang tulin diamalkan untuk kesejahteraan masa hadapan negara, terutamanya dalam pendidikan anak-anak Malaysia. Bantulah mereka yang memerlukan bantuan tetapi jangan bunuh harapan anak-anak yang berbakat.
  9. Moga-moga kami membantu mereka yang miskin tanpa mengira kaum tetapi bukan dengan penyuapan, tetapi dengan tunjuk-ajar, kemahiran diri dan peluang untuk berniaga.
  10. Moga-moga kita bersatu sebagai satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia, tanpa kehilangan identiti, budaya dan bahasa ibunda masing-masing.
Walaupun saya mempunyai banyak kritikan terhadap corak dan cara negara kita dipimpin dan diuruskan, tetapi Malaysia tetap negara tercinta saya. Hujan emas di bumi asing memang sedap dipandang, tetapi saya tak akan tuangkan air keruh dalam tempayan. Dalam semua yang keruh, tetap ada air yang boleh digunakan.

Hidup Malaysia! Selamat Hari Kemerdekaan Ke-48!


Belacan says... "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" ;)

21 comments:

minishorts said...

sniff sniff... terkilan sangat... nak tangis ni... sapu tangan mana?

Anonymous said...

Fuiyoh! Tak sangka begitu hebat sekali Belacan ni berbelog dalam Bahasa Malaysia

Anonymous said...

Naik bulu roma saya selepas membaca tulisan saudara. Mata saya dah mula berair. Bangga dirasa menjadi anak Malaysia. Pada mulanya saya ingin menulis blog merintih keadaan negara kita, tetapi setelah membaca blog saudara, saya teringin menulis sesuatu yang lebih positif dan berunsur kenegaraan untuk menyambut kemerdekaan kita tahun ini. Terima kasih Encik Belacan.

*I find that, I'm more polite in BM :P*

Danny said...

Hye Belacan,

Mind putting this up at Merdeka Blogger later. :)

Cheers.

Jason Lioh said...

Inilah petikan yang paling bagus dan bermakna yang saya pernah baca dalam "blogsphere".

Admin said...

lu punya bahasa manyak teler. Gua manyak respek. Tabit!

inevitable said...

=)

Wingz said...

tersungguh terharu saya dibikin-nye~ sungguh tak sangka si pakcai belacan pandai berbahasa malaysia jugak ya.

CrazyGrr| said...

Wow!! Belok yang mengagumkan!! Bahasa Melayu engkau sangat bagus ler. :D

lucia said...

crazygirl
belok = block
belog = blog

wah belacan! i ingat berbelog dalam BM untuk 'merdeka blogger' hanya pada hari merdeka. awalnya merdeka datang pada kau. :)

thquah said...

Syabas!!! satu petikan yang memberangsangkan. Hidup belacan.):-

CrazyGrr| said...

Lucia, belok is belok kiri belok kanan punya belok. Haha!!
I realized it was wrongly spelt only after i published that comment. :P thanx for correcting it anyway.

Anonymous said...

cool u malay not bad huh!!!!

Anonymous said...

mr.belacan

I m very new to this blogging stuff. Can you tell me to get the google search into your blog?

Ordinary Superhero said...

En Belacan,

Tahniah.

Saya sokong dan kongsi impian anda demi anak cucu kita di negara yang tercinta ini.

Chief said...

AMEN !

Anonymous said...

wah..sungguh tak sangka en. belacan pandai sungguh menyusun kata-kata dalam bahasa malaysia...kagum!

Anonymous said...

Selamat Hari Kemerdekaan Enchek Belachan.

zbjernak said...

never before wish people "selamat hari merdeka"??

hehehheheheh...
i went to the merdeka parade...
is very enlightening lah the trip..

i think i become more patriotic...
parenst should bring kids to those parade....

Buaya69 said...

hi hi, sorry ya, tak dapat reply to komen bruder-bruder dan sistah-sistah sekalian sejak beberapa hari yang lalu.

gua sekeluarga pi makan angin laut china selatan kat awana kijal (lagi), hehehe.

will get back to posting soon. thank you all.

cheers!

zbjernak said...

makan itu laut cine selatan lagi???
lu ni sain kontrak dengan itu kijal ke?

heheheheheh